Monday, April 20, 2009

.::KeNaPa PaYaHnYa::.


Hari ni daku tidak mengerti mengapa....payahnya nak teruskan membaca....

"Ya Allah Engkau kuatkanlah daku...untuk melaksanakan amanah ini....ia juga merupakan cita-citaku...jangan biarkan daku membuang waktu...."

Tergerak hati untuk melayari internet..

"Ya Allah,moga-moga Engkau kurniakan daku kekuatan dan sesuatu untuk terus menggerakkan semangat daku...."

Lalu...jariku ini terus menekan papan kekunci keyboard....daku seperti mengcheck email yang diposkan oleh sahabat-sahabat seperjuanganku....daku terbaca ruangan email dari group kami...yang berbunyi begini...



Mari, kita bergandingan tangan terus melangkah,
Moga Allah menyayangiku,
terus Dia sampaikan ini ke lubuk hatimu,
Membuka rongga takwa di jiwamu,
Mengungkai kunci kesesatan dalam darahmu,
Agar dapat bersama kita bangkit,
Tuk mengubah dunia hari ini.
Kerna kita bukanlah manusia hari ini,
Tetapi pemimpin hari nanti.








"Kita semua bukan pelajar biasa, kita adalah pelajar muslim. Setiap daripada kita memegang posisi masing-masing yang memerlukan kita berusaha untuk menegakkan Islam. Maka, kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Jangan kita biarkan masyarakat melihat pelajar muslim ini adalah pelajar yang lemah."
(
Muhammad Faysal bin Tajurudin)






"Dalam Islam, kita dibenarkan untuk dengki (istilahnya adalah الغبطة ) dgn saudara kita dalam dua hal. Pertama, dengki dengan sahabat kita yang pandai dalam pelajaran dgn perasaan ingin menjadi seperti dia atau lebih baik, tetapi dalam masa yang sama tidak berniat untuk menjatuhkan sahabat itu. Yang kedua, dengki dgn org kaya yang selalu infaq dgn kekayaannya. Kita ingin menjadi kaya sepertinya, supaya kita boleh ikut serta infaq di jalan Allah ini, tapi dalam masa yg sama kita tidak berdoa supaya org yang kaya itu jatuh miskin." (Usz Hafizi)







"Jangan ada dalam hati kita perasaan ingin berjaya sorang2, tak nak ajak kawan berjaya sekali. Jangan! Biarlah kita berjaya bersama-sama."
(Ahmad Ibrahim bin Yahaya)






"Cabaran tersukar dalam perjalanan untuk menjadi doktor ini adalah ketika kita berebut-berebut untuk memasuki course medic ini. Daripada beribu-ribu yang apply, kita yang Allah pilih. Once kita dah berada dalam bidang medic ni, kita hanya perlu berusaha bersungguh2 untuk belajar. Ingat, sekarang kita sudah lepas fasa yang paling susah. "
(Ahmad Ibrahim bin Yahaya, yg katanya dia quote daripada sorg doktor)






"Kalau kita jernihkan suatu jalan itu, maka senang untuk kita dapatkan hasilnya. Tapi, kalau kita dah buat road block dari awal2 lg, maka susah untuk kita sampai ke tujuannya. So, sebelum baca buku tu, cuba positifkan minda, cakap pada diri sendiri bahawa 'aku boleh hafal bab ni', 'aku boleh faham topic ni', 'aku boleh habiskan semua buku anatomy ni!"
(Mohd Izzuddin bin Subari)





"Belajar lah bersungguh2, tapi janganlah sampai ke tahap kita menzalimi diri sendiri pula. Adil lah pada diri sendiri, jgn push diri untuk study sampai kita pun jatuh sakit, hypertension and so on..."
(Mohd Fais bin Mohd Azli, ketua yang concern dgn anak buahnya)





"Dua perkara yg kita kne ingat.

Pertama, kita solat hajat ni kita nak mintak drpd Allah macam2. Tapi, hubungan kita dgn
ALLAH dah settle ke? Solat fardu kita dah settle ke? Kita dah tinggalkan ke dosa2 yg kita istiqamah lakukan sejak dulu tu?

Kedua, ilmu ni milik ALLAH , otak kita ni pun milik ALLAH . So, mintaklah dgn ALLAH semoga apa yg kita baca ini, ALLAH izin untuk masuk dalam otak, melekat terus sampai bila-bila."
(Muhammad Nurhelmi bin Mohd Lukhman, yg katanya dia quote drpd sorg kawan yang otai)






"Jagalah niat kita, takut2 kita beribadah bukan ikhlas kerana ALLAH, tapi semata2 sebab nak lulus exam. Daripada dapat pahala, last2 kita dapat dosa pulak. Nauzubillah."
(Muhammad Nurhelmi bin Mohd Lukhman)
.


No comments:

Post a Comment