Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Harapanku

Bila jiwa terasa gundah,
hati mula resah
Nafas menjadi sesak,
fikiran tidak menentu,
Air mata mula mengalir,
penyesalan mula menyelubungi.....


Friday, February 12, 2010

.::iNiLaH SaAtNyA::.





Alhamdulillah, kepulangan peserta "Sinai explorer 2010" telah selamat sampai di Abassiyah jam 2300.

Bermusafir, berjalan, menambah ilmu, menambah pengalaman, banyak lagi yang x tertulis. Syukur ke hadrat Ilahi Tuhan sekalian alam, banyak pengalaman baru, ibrah, semangat dan sesuatu yang baru dapt dipelajari, sama ada dari tempat 2 yang dilawati, adik2, akak2 peserta lain.

SYUKRAN DAN JAZAKUMULLAH KHAIRAN KASIRAN

Sepanjang perjalanan ke sana, seolah2 terasa banyak sangat peringatan dan teguran untuk diri ini, sama ada secara langsung @ tidak.........SYUKUR sangat2 tanda DIA menyayangi diri ini......

MUKMIN QAWI lebih dicintaiNYA dari MUKMIN yang dhaif...TAHNIAH buat adik2, sahabat2 dan kakak2 yang berjaya menawan gunung SINAI atas usaha sendiri.....biar pun kali ini puncak Sinai itu masih belum dapat ditawan dengan lelahku sendiri, azam diri ini agar DIA izinkan diri ini menawan gunung SINAI menggunakan kudratku sendiri pada masa akan datang....INSHAALLAH....BIIZNILLAH.....x tertolak sesuatu takdir melainkan doa'kn!.....
x pe2.....masih ada waktu lagi, untuk kita sama memperbaiki diri....


YA.....DIA MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG ......pujuk hati......begitulah juga dalam kehidupan harian kita. Ada masa dosa yang tidak pernah kita lakukan selama hidup 20 tahun, kita lakukannya ketika umur 21 tahun, memang dosanya nampak kecil, tapi ia x sesuai untuk jiwa kita...sebab apa? masakan hidup selama 20 tahun kita menahan diri kita ke lembah dosa, nah, sekarang kita lakukannya?


buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.... patutkah buat baik berpada2.... ? biarlah kita lakukan kebaikkan semaksimum yang mungkin kita mampu lakukan....


pelikkan? apa kaitannya dengan SINAI?... ya mungkin ramai yang kata... tiada kaitan, cabaran menaiki puncak bukit SINAI, mengajar seribu satu bukti pengorbanan diri untuk diri ini, bagi diriku, umpama ianya untuk ISLAM, tapi x mengapa kali ini kita x mampu, tapi kita punya waktu untuk memperbaiki diri.

Kita boleh imbas kembali sirah nabi, bagaimana nabi Musa alaihi salam mendaki gunung Sinai seorang diri, dalam keadaan sejuk, berbatu-bata, curam, gelap, semata2 hanya ingin bermunajat kepada Ilahi. kerana itu TAHNIAH sekali lagi untuk mereka.

Tazkirah dari mushrif dan penerangan dari ajk2 juga sangat2 memberi semangat untuk diri agar kita sentiasa perlu dan memang perlu untuk memperbaiki diri. Kadang2 kita tidak sedar atas kesilapan yang kita lakukan, mungkin bagi sesetengah orang ia adalah perkara biasa, namun, bagi diri kita, ia bukanlah diri kita yang sebenarnya, seperti kata Dr Tengku Asmadi, "orang hebat tidak akan mengikut apa yang orang kebayakkan lakukan"

bukan ingin mengatakan diri ini hebat, cuma kadang2 kita tidak sedar bahawa kita juga sama seperti mereka, andai kita sendiri juga melakukan perkara yang sama....
namun, ingat jangan cepat mengalah dan berputus asa,

"Katakanlah, "Wahai hamba2Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya (kecuali dosa syirik). Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
az - Zumar :53


Saturday, June 27, 2009

PeRjUaNgAn HiDuPkU

Bismillahhirrahmannirrahim

Satu hari sahaja lagi....perjuanganku harus diteruskan....
Sepanjang imtihan dunia yang daku jalani ini, banyak i'brah yang dapat kupelajari. Kekuatan, keyakinan, istiqamah, sentiasa tawaduk, banyak lagi....hinga x mampu ku menulisnya...Diri yang lemah ini mengakui...sungguh banyak nikmatNYA kepada hambaNYA...
Mari kita lihat...setiap permulaan surah2 di dalam al-quran, dimulai dengan

''Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang''

Subhanallah...begitu besarnya kasih-sayangNya kepada kita, hambaNYA..memang kekadang apa yang kita minta x mampu kita perolehinya...tapi yakinlah...itulah yang terbaik buat kita...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas sesuatu....

''Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang, kecuali dengan izin Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
surah Tagabun:11

keseluruhan surah ini begitu menyentuh hati hamba-hambaNya yang beriman kepadaNya..Dimana semua harta adalah cubaan bagi kita...hanya di sisiNyalah yang terbaik buat kita...dalam surah ini juga
ada mengatakan,

''Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatandakan (balasan)untukmu.Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun. YangMengetahuiyang ghaib dan yang nyata.Yang Maha Perkasa, Maha bijaksana."
surah Tagabun:17-18

........

Sedihkan kekadang tatkala "Kenapakah diriku ini tidak mampu untuk menjadi hambaNYa yang baik...sepertimana sahabat2 kita yang lain?''....istaqamah, sabar, yakin, tatkala itu juga terasa, ''Adakah diriku telah menjadi fitnah kepada agamaku....fitnah dimana ISLAM YANG KUCINTAI dipersalahkan, lantaran kesilapan penganutnya....."Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, kami x bermaksud begitu"...................semoga Allah mengampunkan diri yang lemah ini.......

Takut juga hati ini untuk menulis....kerna tulisan ini mungkin boleh menimbulkan fitnah........apa2 sahaja.....namun niatku biarlah hanya Dia sahaja yang tahu.....daku sedar......ilmuku jauh......jauh dan teramat2 sikit.....jika dibandingkan dengan sahabat2......namun inilah jua yang daku ingin kongsikan, moga ia membantuku di alam sana sebagai bekalan....

Monday, April 20, 2009

.::KeNaPa PaYaHnYa::.


Hari ni daku tidak mengerti mengapa....payahnya nak teruskan membaca....

"Ya Allah Engkau kuatkanlah daku...untuk melaksanakan amanah ini....ia juga merupakan cita-citaku...jangan biarkan daku membuang waktu...."

Tergerak hati untuk melayari internet..

"Ya Allah,moga-moga Engkau kurniakan daku kekuatan dan sesuatu untuk terus menggerakkan semangat daku...."

Lalu...jariku ini terus menekan papan kekunci keyboard....daku seperti mengcheck email yang diposkan oleh sahabat-sahabat seperjuanganku....daku terbaca ruangan email dari group kami...yang berbunyi begini...



Mari, kita bergandingan tangan terus melangkah,
Moga Allah menyayangiku,
terus Dia sampaikan ini ke lubuk hatimu,
Membuka rongga takwa di jiwamu,
Mengungkai kunci kesesatan dalam darahmu,
Agar dapat bersama kita bangkit,
Tuk mengubah dunia hari ini.
Kerna kita bukanlah manusia hari ini,
Tetapi pemimpin hari nanti.








"Kita semua bukan pelajar biasa, kita adalah pelajar muslim. Setiap daripada kita memegang posisi masing-masing yang memerlukan kita berusaha untuk menegakkan Islam. Maka, kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Jangan kita biarkan masyarakat melihat pelajar muslim ini adalah pelajar yang lemah."
(
Muhammad Faysal bin Tajurudin)






"Dalam Islam, kita dibenarkan untuk dengki (istilahnya adalah الغبطة ) dgn saudara kita dalam dua hal. Pertama, dengki dengan sahabat kita yang pandai dalam pelajaran dgn perasaan ingin menjadi seperti dia atau lebih baik, tetapi dalam masa yang sama tidak berniat untuk menjatuhkan sahabat itu. Yang kedua, dengki dgn org kaya yang selalu infaq dgn kekayaannya. Kita ingin menjadi kaya sepertinya, supaya kita boleh ikut serta infaq di jalan Allah ini, tapi dalam masa yg sama kita tidak berdoa supaya org yang kaya itu jatuh miskin." (Usz Hafizi)







"Jangan ada dalam hati kita perasaan ingin berjaya sorang2, tak nak ajak kawan berjaya sekali. Jangan! Biarlah kita berjaya bersama-sama."
(Ahmad Ibrahim bin Yahaya)






"Cabaran tersukar dalam perjalanan untuk menjadi doktor ini adalah ketika kita berebut-berebut untuk memasuki course medic ini. Daripada beribu-ribu yang apply, kita yang Allah pilih. Once kita dah berada dalam bidang medic ni, kita hanya perlu berusaha bersungguh2 untuk belajar. Ingat, sekarang kita sudah lepas fasa yang paling susah. "
(Ahmad Ibrahim bin Yahaya, yg katanya dia quote daripada sorg doktor)






"Kalau kita jernihkan suatu jalan itu, maka senang untuk kita dapatkan hasilnya. Tapi, kalau kita dah buat road block dari awal2 lg, maka susah untuk kita sampai ke tujuannya. So, sebelum baca buku tu, cuba positifkan minda, cakap pada diri sendiri bahawa 'aku boleh hafal bab ni', 'aku boleh faham topic ni', 'aku boleh habiskan semua buku anatomy ni!"
(Mohd Izzuddin bin Subari)





"Belajar lah bersungguh2, tapi janganlah sampai ke tahap kita menzalimi diri sendiri pula. Adil lah pada diri sendiri, jgn push diri untuk study sampai kita pun jatuh sakit, hypertension and so on..."
(Mohd Fais bin Mohd Azli, ketua yang concern dgn anak buahnya)





"Dua perkara yg kita kne ingat.

Pertama, kita solat hajat ni kita nak mintak drpd Allah macam2. Tapi, hubungan kita dgn
ALLAH dah settle ke? Solat fardu kita dah settle ke? Kita dah tinggalkan ke dosa2 yg kita istiqamah lakukan sejak dulu tu?

Kedua, ilmu ni milik ALLAH , otak kita ni pun milik ALLAH . So, mintaklah dgn ALLAH semoga apa yg kita baca ini, ALLAH izin untuk masuk dalam otak, melekat terus sampai bila-bila."
(Muhammad Nurhelmi bin Mohd Lukhman, yg katanya dia quote drpd sorg kawan yang otai)






"Jagalah niat kita, takut2 kita beribadah bukan ikhlas kerana ALLAH, tapi semata2 sebab nak lulus exam. Daripada dapat pahala, last2 kita dapat dosa pulak. Nauzubillah."
(Muhammad Nurhelmi bin Mohd Lukhman)
.


Sunday, April 19, 2009

.::HaDaFkU::.

Bismillahhirrahmannirrahim

Hati yang sudah lama merindui untuk meluahkan isinya....meluahkan kandungan untuk berkongsi rasa dan sedikit ilmu....Jari-jemari menari-nari riangnya....setelah beberapa bulan pemiliknya tidak melakarnya...di atas skrin laptopnya...duhai diri....tujuanmu menulis bukan untuk nama...namun....untuk berkongsi pengalaman dan setitis ilmu....harap sahabat2 yang menjumpai blog ini..sudi berkongsi ilmu....namun setiap ikhtilat pasti ada batasannya....andai ana terlupa...sudilah menegur....begitu jua harapnya dari antum semua..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Ana mulakan kalam ini sempena musim imtihan yang telah,sedang dan akan ana jua sahabat2 alaminya..

Imtihan.....sedari kecil hingga mati, kita yang bernama manusia pasti diuji dan diduga,rasa lemah dan putus harap sering singgah di hati seorang pejuang...namun kita semua dilahirkan sebagai juara...yaa....Aku adalah juara...dan aku jua adalah mujahid/ah Isalam...juara yang telah Allah takdirkan....kerna itu...Dia yang Maha berkuasa telah mentaklifkan diriku dan antum semua sebagai khalifah di muka bumi ini....ini semua atas kemampuan kita....andai kita tidak mampu...mana mungkin kita lahir sebagai manusia...mungkinkah sesuai untukku atau dirimu dilahirkan sebagai pokok? atau sesuatu yang lain, yang jua tidak bernyawa dan berakal...daku dan jua dirimu terbukti punya kuasa untuk berjaya...buktinya kita berjaya berjalan malah mampu berlari walau diri kita hanya berumur setahun jagung....hasil dari tidak kenal putus asa.... wahai diri ada persoalan yang ingin daku persoalkan....

1, Adakah dirimu dan jua daku lupa bahawa ada yang berkuasa atas sesuatu?
2, Adakah dirimu dan jua daku lupa bahawa Dia yang menciptakan segala sesuatu?
3, Adakah dirimu dan jua daku lupa bahawa Dia Maha Mengetahui?
4, Adakah dirimu dan jua daku lupa bahawa Dia sebaik-baik penentu?

Rasa gugup dan debaran jiwa daku rasa....dalam menanti jawapan yang daku sendiri akan luahkan....ya....daku yakin akan ada yang Maha Berkuasa atas sesuatu....Dialah ALLAH yang Maha Berkuasa atas sesuatu....dan Dialah yang pertama daku imani, percaya dan yakin....mana mungkin ada kuasa yang lebih besar dari Dia yang Maha Berkuasa.....

Dan daku jua yakin bahawa Dia yang Maha Berkuasa Mencipta sesuatu..dan Dia jua Maha Mengetahui....oleh itu, Dia jua sebaik2 penentu....mungkinkah benar daku atau dirimu juga lupa akan Dia.....janganlah lupa padaNYA yang berkuasa atas sesuatu....berharaplah kepadaNya.....namun Dia jua mengkehendaki hambaNya berusaha:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami) benar-benar Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan Kami."
Al-Ankabut, 69

Pilihan di tangan kita, sama ada ingin berjaya atau sebaliknya....namun andai dirimu belum lagi mencapai kejayaan, tidak bermakna kita akan selama-lamanya gagal, mungkin ini sebahagian dari tarbiyahNYA atau kifarah atau usaha kita mungkin tidak sesungguh sahabat kita yang lain, atau cara kita salah.....namun, daku bukan mengharap agar kita terus putus harap.....bahkan jadikan setiap yang berlaku sebagai loncatan diri kita untuk lebih dekat denganNYA....mungkin dengan cara ini, kita lebih ingat kepadaNYA.....husnul zhan (bersangka baik) denganNYA....carilah hikmah di sebalik setiap yang berlaku.....mintalah dan mengharaplah kepadaNYA yang berkuasa atas sesuatu...

Duhai diri....ingatlah jangan putus harap.....kerna kita punya tanggungjawab ke atas saudara kita di sana.....di mana mereka tidak punya kesempatan dan kemampuan untuk mencari ilmu seperti kita.....
berilah harapan,
dan taburlah budi
,
semaikan kasih,
setulus budi,
seikhlas hati,
semurni nurani,
buat semua insan di dunia
.
raihan

Kuatlah wahai diri dan jua sahabatku...
kita tidak punya waktu...
usahalah sehabis mungkin...
kerna Dia tahu kita mampu...
yakinlah padaNya...
sedangkan syaitan tidak pernah putus asa menipu anak adam...
mana mungkin kita kalah di tangan mereka...

ALLAHHU AKBAR
ALLAHHU AKBAR
ALLAHHU AKBAR