Tuesday, February 16, 2010

3 hari di bandar Kaherah

Dua hari yang berlalu ini, dikau tempuh dengan berbagai ujian, sabarlah wahai adikku,daku sedar, daku x berupaya menjadi seorang kakak yang baik.

Semalam begitu, hari ini begini, semuanya atas sebab yang berbeza, namun dari Dia yang Maha Satu. Akak harap dikau selamat sampai ke destinasi yang di tuju, dunia dan akhirat.

Sabarlah atas ujian ini, Dia Maha Mengetahui sesungguhnya dikau mampu wahai adikku. Jangan lupa pesan akak, ingat selalu, dan ingat diri ini jua. Kita duduk di negara orang, begitulah adatnya, selagi kita tidak diuji, tiada manisnya nanti sebagai memori.

Tahun satu di bumi kinanah ini, memang penuh cabaran dan dugaan, hanya pelajar bumi anbiya' ini sahaja yang memahami, mungkin pelajar lain juga ada ujiannya, namun, terpulang pada kita untuk mengambil ibrahnya. Akak sedar asbabnya juga berpunca dari diriku yang kurang ambil cakna tentang keputusan dan tindakanmu.Moga pengalaman 3 hari di bandar Kaherah ini menjadi panduan kita bersama.


Friday, February 12, 2010

.::iNiLaH SaAtNyA::.





Alhamdulillah, kepulangan peserta "Sinai explorer 2010" telah selamat sampai di Abassiyah jam 2300.

Bermusafir, berjalan, menambah ilmu, menambah pengalaman, banyak lagi yang x tertulis. Syukur ke hadrat Ilahi Tuhan sekalian alam, banyak pengalaman baru, ibrah, semangat dan sesuatu yang baru dapt dipelajari, sama ada dari tempat 2 yang dilawati, adik2, akak2 peserta lain.

SYUKRAN DAN JAZAKUMULLAH KHAIRAN KASIRAN

Sepanjang perjalanan ke sana, seolah2 terasa banyak sangat peringatan dan teguran untuk diri ini, sama ada secara langsung @ tidak.........SYUKUR sangat2 tanda DIA menyayangi diri ini......

MUKMIN QAWI lebih dicintaiNYA dari MUKMIN yang dhaif...TAHNIAH buat adik2, sahabat2 dan kakak2 yang berjaya menawan gunung SINAI atas usaha sendiri.....biar pun kali ini puncak Sinai itu masih belum dapat ditawan dengan lelahku sendiri, azam diri ini agar DIA izinkan diri ini menawan gunung SINAI menggunakan kudratku sendiri pada masa akan datang....INSHAALLAH....BIIZNILLAH.....x tertolak sesuatu takdir melainkan doa'kn!.....
x pe2.....masih ada waktu lagi, untuk kita sama memperbaiki diri....


YA.....DIA MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG ......pujuk hati......begitulah juga dalam kehidupan harian kita. Ada masa dosa yang tidak pernah kita lakukan selama hidup 20 tahun, kita lakukannya ketika umur 21 tahun, memang dosanya nampak kecil, tapi ia x sesuai untuk jiwa kita...sebab apa? masakan hidup selama 20 tahun kita menahan diri kita ke lembah dosa, nah, sekarang kita lakukannya?


buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.... patutkah buat baik berpada2.... ? biarlah kita lakukan kebaikkan semaksimum yang mungkin kita mampu lakukan....


pelikkan? apa kaitannya dengan SINAI?... ya mungkin ramai yang kata... tiada kaitan, cabaran menaiki puncak bukit SINAI, mengajar seribu satu bukti pengorbanan diri untuk diri ini, bagi diriku, umpama ianya untuk ISLAM, tapi x mengapa kali ini kita x mampu, tapi kita punya waktu untuk memperbaiki diri.

Kita boleh imbas kembali sirah nabi, bagaimana nabi Musa alaihi salam mendaki gunung Sinai seorang diri, dalam keadaan sejuk, berbatu-bata, curam, gelap, semata2 hanya ingin bermunajat kepada Ilahi. kerana itu TAHNIAH sekali lagi untuk mereka.

Tazkirah dari mushrif dan penerangan dari ajk2 juga sangat2 memberi semangat untuk diri agar kita sentiasa perlu dan memang perlu untuk memperbaiki diri. Kadang2 kita tidak sedar atas kesilapan yang kita lakukan, mungkin bagi sesetengah orang ia adalah perkara biasa, namun, bagi diri kita, ia bukanlah diri kita yang sebenarnya, seperti kata Dr Tengku Asmadi, "orang hebat tidak akan mengikut apa yang orang kebayakkan lakukan"

bukan ingin mengatakan diri ini hebat, cuma kadang2 kita tidak sedar bahawa kita juga sama seperti mereka, andai kita sendiri juga melakukan perkara yang sama....
namun, ingat jangan cepat mengalah dan berputus asa,

"Katakanlah, "Wahai hamba2Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya (kecuali dosa syirik). Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
az - Zumar :53


Wednesday, February 3, 2010

.::KeYaKiNaN vs CiNtA::.

Tatkala pengakuan para saudara kita melafazkan pengakuan atas journey mereka mencari ketenangan dan hakikat diri sebagai hambaNYA,
YA ALLAHU YAA RABBI


betapa rahmat kasihNYA Maha Luas, Maha Penyayang,
jujur dari hati ini kekadang lupa,
lupa mendoakan,
saudara kita ini sentiasa TABAH dan KUAT,

YA ALLAHU YAA RABBI

namun, saudara2 andai YAKIN dan CINTA sudah mula subur dan terbit,
teruskan perjalananmu itu,
YAKIN dan CINTA X kan mungkin dipisahkan,
cintamu pada ISLAM akan terlorong dengan hidayahNYA,
bersama kalam cinta kita semua,
petunjuk kita semua.

penulisan ini hakikatnya hadir dari hambaNYA yang serba kekurangan, namun, keinginan yang mendalam untuk berkongsi dengan sahabat2, daku warkahkan juga,

Satu lintasan hati ini, membuatkan diri sang penulis ini terfikir, betapa nikmat dan manisnya saudara kita yang sukar dalam mengejar dan mencari CINTANYA dan hakikat sebagai seorang MUSLIM. pandangan seorang muslim yang muslimnya mudah kebanyakkannya berbeza dengan mualaf2 ini. Kita, boleh berusaha untuk menjadi seperti mereka, atas dasar ingin dan kehendak yang memang mendalam, kita mampu biiznillah .Semuanya hanya berdasarkan keyakinan dan cinta kita kepada ISLAM , seruan dalam menegakkan kalimah TAUHID memang hakikatnya jarang dilaung2kan dari mulut muslim kini, namun, kalangan kita yang sedar marilah bangkit, kita yang sedar ini juga, jangan ada suu' dzhan kepada saudara kita yang lain, mungkin cara perjuangan mereka berbeza, jangan kita lihat mereka tidak keluar bersamamu, kita sangsi mereka ingin mengelak dari pertempuran ini,selagi mana kita semua berpegang pada tali ALLAH, kita semua sama dan selamat inshaAllah


''wahai orang2 yang beriman! Jadilah kamu penolong2 (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut2nya yang setia, ''siapakah yang akan menjadi penolong2ku (untuk menegakkan agama) Allah?'' Pengikut2nya yang setia itu berkata, ''kamilah penolong2 (agama) Allah, '' lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang2 yang beriman terhadap musuh2 mereka, sehingga mereka menjadi orang2 yang menang.''
As-Saff :14


''hanya ucapan orang2 mukmin, yang apabila mereka diajak kepada Allah dan RasulNya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, ''Kami mendengar dan kami taat.'' Dan mereka itulah orang2 yang beruntung''

Dan barang siapa taat kepada Allah dan RasulNya serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka itulah orang2 yang mendapat kemenangan.''

''Dan mereka bersumpah dengan sumpah sungguh2, bahawa jika engkau suruh mereka berperang, pastilah mereka akan pergi. Katakanlah (Muhammad), ''Janganlah kamu bersumpah, (kerana yang diminta) adalah ketaatan yang baik. Sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.''
An-Nur:51-53



marilah kita sama2 sambut dan sambung perjuangan kekasih kita, dalam bentuk ketaatan padaNYA dan RasulNYA. Marilah kita sama2 menjaga maruah ISLAM yang kini, mulai dicemari oleh tingkah laku kita yang tidak disedari. Sama2 lah kita menjaga diri demi menjaga maruah agama, ingat! setiap langkah kita adalah pandangan orang bukan islam terhadap ISLAM.







video