Tuesday, February 16, 2010

3 hari di bandar Kaherah

Dua hari yang berlalu ini, dikau tempuh dengan berbagai ujian, sabarlah wahai adikku,daku sedar, daku x berupaya menjadi seorang kakak yang baik.

Semalam begitu, hari ini begini, semuanya atas sebab yang berbeza, namun dari Dia yang Maha Satu. Akak harap dikau selamat sampai ke destinasi yang di tuju, dunia dan akhirat.

Sabarlah atas ujian ini, Dia Maha Mengetahui sesungguhnya dikau mampu wahai adikku. Jangan lupa pesan akak, ingat selalu, dan ingat diri ini jua. Kita duduk di negara orang, begitulah adatnya, selagi kita tidak diuji, tiada manisnya nanti sebagai memori.

Tahun satu di bumi kinanah ini, memang penuh cabaran dan dugaan, hanya pelajar bumi anbiya' ini sahaja yang memahami, mungkin pelajar lain juga ada ujiannya, namun, terpulang pada kita untuk mengambil ibrahnya. Akak sedar asbabnya juga berpunca dari diriku yang kurang ambil cakna tentang keputusan dan tindakanmu.Moga pengalaman 3 hari di bandar Kaherah ini menjadi panduan kita bersama.


No comments:

Post a Comment