Wednesday, February 3, 2010

.::KeYaKiNaN vs CiNtA::.

Tatkala pengakuan para saudara kita melafazkan pengakuan atas journey mereka mencari ketenangan dan hakikat diri sebagai hambaNYA,
YA ALLAHU YAA RABBI


betapa rahmat kasihNYA Maha Luas, Maha Penyayang,
jujur dari hati ini kekadang lupa,
lupa mendoakan,
saudara kita ini sentiasa TABAH dan KUAT,

YA ALLAHU YAA RABBI

namun, saudara2 andai YAKIN dan CINTA sudah mula subur dan terbit,
teruskan perjalananmu itu,
YAKIN dan CINTA X kan mungkin dipisahkan,
cintamu pada ISLAM akan terlorong dengan hidayahNYA,
bersama kalam cinta kita semua,
petunjuk kita semua.

penulisan ini hakikatnya hadir dari hambaNYA yang serba kekurangan, namun, keinginan yang mendalam untuk berkongsi dengan sahabat2, daku warkahkan juga,

Satu lintasan hati ini, membuatkan diri sang penulis ini terfikir, betapa nikmat dan manisnya saudara kita yang sukar dalam mengejar dan mencari CINTANYA dan hakikat sebagai seorang MUSLIM. pandangan seorang muslim yang muslimnya mudah kebanyakkannya berbeza dengan mualaf2 ini. Kita, boleh berusaha untuk menjadi seperti mereka, atas dasar ingin dan kehendak yang memang mendalam, kita mampu biiznillah .Semuanya hanya berdasarkan keyakinan dan cinta kita kepada ISLAM , seruan dalam menegakkan kalimah TAUHID memang hakikatnya jarang dilaung2kan dari mulut muslim kini, namun, kalangan kita yang sedar marilah bangkit, kita yang sedar ini juga, jangan ada suu' dzhan kepada saudara kita yang lain, mungkin cara perjuangan mereka berbeza, jangan kita lihat mereka tidak keluar bersamamu, kita sangsi mereka ingin mengelak dari pertempuran ini,selagi mana kita semua berpegang pada tali ALLAH, kita semua sama dan selamat inshaAllah


''wahai orang2 yang beriman! Jadilah kamu penolong2 (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut2nya yang setia, ''siapakah yang akan menjadi penolong2ku (untuk menegakkan agama) Allah?'' Pengikut2nya yang setia itu berkata, ''kamilah penolong2 (agama) Allah, '' lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang2 yang beriman terhadap musuh2 mereka, sehingga mereka menjadi orang2 yang menang.''
As-Saff :14


''hanya ucapan orang2 mukmin, yang apabila mereka diajak kepada Allah dan RasulNya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, ''Kami mendengar dan kami taat.'' Dan mereka itulah orang2 yang beruntung''

Dan barang siapa taat kepada Allah dan RasulNya serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka itulah orang2 yang mendapat kemenangan.''

''Dan mereka bersumpah dengan sumpah sungguh2, bahawa jika engkau suruh mereka berperang, pastilah mereka akan pergi. Katakanlah (Muhammad), ''Janganlah kamu bersumpah, (kerana yang diminta) adalah ketaatan yang baik. Sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.''
An-Nur:51-53



marilah kita sama2 sambut dan sambung perjuangan kekasih kita, dalam bentuk ketaatan padaNYA dan RasulNYA. Marilah kita sama2 menjaga maruah ISLAM yang kini, mulai dicemari oleh tingkah laku kita yang tidak disedari. Sama2 lah kita menjaga diri demi menjaga maruah agama, ingat! setiap langkah kita adalah pandangan orang bukan islam terhadap ISLAM.







No comments:

Post a Comment